Berikutan pelancaran Samsung Galaxy Note 9 baru-baru ini, nampaknya model flagship Samsung sebelum ini iaitu Galaxy Note 8 telah menerima penurunan harga yang agak banyak.

Melalui laman jualan Lazada, Samsung Galaxy Note 8 kini telah mula ditawarkan pada harga RM2,489. Untuk pengetahuan anda, model ini mula dilancarkan setahun lalu dengan tanda harga RM3,999.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Note 8

Menyoal dari segi adakah berbaloi untuk dimiliki, Samsung Galaxy Note 8 masih lagi telefon pintar Android yang hebat pada ketika ini. Penyediaan stylus serta pernah  menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik antara yang membuatkan Galaxy Note 8 releven untuk dimiliki.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8, anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini.

Sumber