Berbaki tiga bulan sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 9. Pada kali ini, Samsung nampaknya bersedia untuk menawarkan spesifikasi yang terbaik khusus buat para pengguna.

Berdasarkan ura-ura, Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM. Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845. Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal turut ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

samsung-galaxy-note-8-review-back-top-2-2-1500×1000

Dari segi harga, tanda harga dibawah RM4,000 seperti model Samsung Galaxy Note 8 antara yang dijangkakan bagi model premium daripada Samsung ini. Agak-agak apa pula inovasi terbaru yang bakal dibawakan Samsung pada kali ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group