Samsung pada tahun ini meneruskan tradisi mereka dengan memperkenalkan model terbaru bagi siri Note iaitu Galaxy Note 9. Model yang ditawarkan pada kali ini menawarkan saiz skrin terbesar di dalam keluarga Note serta turut menawarkan spesifikasi terbaik yang pernah dihasilkan Samsung.

Bagi menguji lebih lanjut apakah yang membuatkan model ini menjadi pilihan ramai, kami telah mengujinya dan berikut merupakan review kami mengenai Samsung Galaxy Note 9.

Rekabentuk dan skrin

thumb_IMG_0027_1024

Dari segi rekabentuk, Samsung nampaknya berjaya menghasilkan sebuah telefon pintar dengan skrin besar, tanpa bezel yang besar namun tidak menyertakan takuk sepertimana telefon pintar yang lain.

Model ini hadir dengan skrin 6.4-inci bersama paparan Super AMOLED. Khas buat pengguna telefon pintar yang mahukan skrin yang terbaik pada telefon pintar mereka, mendapatkan model ini pastinya suatu kepuasan. Mengulas mengenai skrin, tahukah anda model ini turut dinobatkan sebagai telefon pintar dengan skrin terbaik sebelum dipintas oleh Google Pixel 3.

Memegang Galaxy Note 9 juga terasa sangat puas dan premium. Walaubagaimanapun, capaian ke bahagian pengimbas cap jari mungkin sedikit sukar memandangkan pengimbas cap jari terletak di bahagian bawah kamera.

Spesifikasi

thumb_IMG_0035_1024

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 9 dilengkapi dengan processor Exynos 9810 lapan teras. Terdapat dua variasi bagi model ini iaitu model dengan RAM 6GB dan 128GB ruang storan dan juga RAM 8GB beserta ruang storan 512GB.

Kami dapati model 6GB dengan ruang storan 128GB juga sudah cukup hebat dan menawarkan prestasi yang memuaskan. Kami tidak mengalami sebarang masalah malah boleh dikatakan telefon pintar dengan sistem operasi Android terpantas yang pernah kami lakukan.

Membuka aplikasi game seperti Asphalt, PUBG atau Mobile Legend juga bukanlah masalah bagi Galaxy Note 9 malah kadar kelajuan pembukaan aplikasi juga sangat pantas.

Sebuah lagi perkara yang kami sangat suka dengan Samsung Galaxy Note 9 adalah penyertaan bateri dengan kapasiti 4,000mAh yang membolehkan anda menggunakan model ini tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri sehingga lebih sehari.

Kamera

thumb_IMG_0033_1024

Samsung Galaxy Note 9 dilengkapi dengan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang. Penawaran kamera berbeza pada bahagian berbeza ini membolehkan pengguna mendapatkan gambar dengan bokeh yang baik. Pada bahagian hadapan pula, model ini disertakan dengan kamera 8-megapixel beserta mood wide.

Berdasarkan percubaan kami, jelas kami sangat teruja dengan kualiti kamera Samsung Galaxy Note 9 baik dari segi kualiti bokeh mahupun penawaran warna yang ditawarkan. Berikut merupakan hasil antara gambar yang berjaya kami perolehi menggunakan Samsung Galaxy Note 9.

thumb_IMG_0016_1024

thumb_IMG_0015_1024

photo6134163217061095433

photo6136200161135798330

photo6134163217061095444 (1)

Harga

Mengulas dari segi harga, pada kami berdasarkan spesifikasi dan fungsi yang ditawarkan, tanda harga yang diletakkan Samsung pada mula dijual sudah cukup berbaloi untuk didapatkan.

Walau bagaimanapun, melalui promosi terbaru, anda berpeluang mendapatkan Samsung Galaxy Note 9 dengan rebat sebanyak RM400 dimana harga penawaran terbaru model ini adalah RM3,299 sahaja. Selain tu, model ini turut ditawarkan di Lazada dengan harga dibawah RM3,000 sekaligus membuatkan model ini berbaloi untuk dimiliki.

Adakah berbaloi?

thumb_IMG_0029_1024

Sekiranya anda merupakan pengguna yang selesa dengan Android dan mahukan telefon pintar dengan saiz skrin yang besar, Samsung Galaxy Note 9 merupakan pilihan yang baik. Penawaran harga promosi yang terbaru membolehkan anda mendapatkan model ini dengan harga RM3299 sahaja.

Pada kami model ini berjaya menawarkan skrin, prestasi dan juga kamera yang terbaik sepanjang kami mengulas dan membuat perbandingan bersama beberapa telefon pintar yang lain sekaligus membuktikan Samsung Galaxy Note 9 berbaloi untuk dimiliki untuk kegunaan masa yang panjang.

Antara yang membuatkan Samsung Galaxy Note 9 kurang sempurna mungkin penawaran Bixby yang masih belum meluas, namun ianya bukanlah masalah yang besar buat pengguna.

Buat anda yang mahukan kemaskini Android terbaru, model ini mungkin bukan yang terpantas menerimanya namun masih menjalankan kerja seharian dengan sempurna melalui penawaran S Pen.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →