Bersempena dengan pelancaran siri terbaru Samsung Galaxy, Samsung telah melancarkan tiga model terbaru. Model Samsung Galaxy S10+ pula turut dikeluarkan dengan tiga spesifikasi berbeza dengan penawaran RAM dan ruang storan yang berbeza.

Samsung Galaxy S10+ dengan spesifikasi tertinggi ditawarkan dengan RAM 12GB dan 1TB ruang storan. Model ini dikhususkan buat mereka yang mahukan kepantasan maksimum serta ruang storan yang besar. Disebalik spesifikasinya yang memukau, model ini turut ditawarkan dengan harga yang premium untuk orang ramai memilikinya dengan harga RM5,999.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2019-05-07 at 2.52.07 PM

Dua bulan berlalu, model ini sudah mula dengan harga diskaun sebanyak RM1,800 dimana pengedar Mobile Gadgets sudah mula menawarkan Samsung Galaxy S10+ 1TB dengan harga RM4,199 sahaja. Promosi ini turut ditawarkan bersama beberapa hadiah menarik buat para pembeli.

Lebih menarik, model yang ditawarkan ternyata model dengan waranti daripada Samsung Malaysia serta harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding Samsung Galaxy S10+ dengan 8GB RAM dan 512GB ruang storan.

thumb_IMG_0019_1024

Meskipun harga yang ditawarkan masih lagi premium, namun buat anda yang mahukan kepantasan maksimum pada telefon pintar Android serta ruang storan yang besar memiliki Samsung Galaxy S10+ 1TB pastinya pilihan yang berbaloi berdasarkan penawaran diskaun terbaru ini. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.