Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bersempena dengan pelancaran Samsung Galaxy S10 dan S10+, pihak Samsung turut melancarkan Samsung Galaxy S10 5G. Model ini disasarkan untuk penjualan di Korea Selatan memandangkan masih banyak negara yang belum menyokong teknologi 5G secara menyeluruh.

Selain daripada penawaran rangkaian yang lebih baik, model Samsung Galaxy S10 5G turut dilengkapi dengan empat kamera pada bahagian belakang yang secara tidak langsung menawarkan imej yang lebih baik.

Siapa sangka, model ini berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei P30 Pro. Menurut DxoMark, masing-masing berjaya menerima 112 markah dari aspek kamera belakang walaubagaimanapun Samsung Galaxy S10 5G tampil dengan kamera yang lebih baik untuk swafoto dengan 97 markah berbanding Huawei P30 Pro dengan 89 markah.

Castle_SamsungGalaxyS105G_DxOmark_05-00

Sofa_SamsungGalaxyS105G_DxOmark_05-00

Building3_SamsungGalaxyS105G_DxOmark_05-00-e1555114142807-768×1024

Sebagai perbandingan bersama Huawei P30 Pro, Samsung Galaxy S10 5G mungkin kurang menyerlah daripada aspek zoom atau mendapatkan imej dengan jarak yang jauh walaubagaimanapun S10 5G lebih baik dalam menawarkan gambar yang lebih dinamik dan cerah pada jarak yang dekat. Gambar potrait mode yang mantap serta autofocus yang pantas antara yang membuatkan Samsung Galaxy S10 5G dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik.

Model ini setakat ini cuma ditawarkan di Korea Selatan dan ditawarkan dengan harga permulaan sekitar KRW 1,390,000 (~RM 4992). Melihat kepada teknologi yang ditawarkan Samsung, mungkin yang ramai yang boleh menjangkakan teknologi ini pastinya ditawarkan pada Samsung Galaxy Note 10 yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Anda Mungkin Suka