Setahun berlalu dan nampaknya sudah tiba giliran Samsung untuk memperkenalkan siri terbaru galaxy melalui model Samsung Galaxy S10. Syarikat ini melalui laman Twitter mereka turut mengumumkan acara pelancaran Samsung yang bakal diperkenalkan pada 21 Feburari 2019 ini di San Francisco.

Pada model kali ini, Samsung menjanjikan perubahan serta inovasi terbaru melalui model mereka dimana model ini dijangkakan hadir dengan skrin Infinity-O. Selain itu, ura-ura mengenai Samsung Galaxy S10 yang hadir dengan skrin boleh dilipat semakin kuat melalui teaser yang dikeluarkan Samsung.

Dari segi spesifikasi, Samsung dijangka hadir dengan processor Exynos 9820, RAM 8 GB serta ruang storan 128 GB. Dijangkakan beberapa variasi bakal dikeluarkan melihat kepada pengeluaran model-model sebelum ini.

Model ini dijangkakan bakal menjadi pesaing hebat buat telefon pintar seperti Apple iPhone XS Max, Huawei P30 Pro serta Google Pixel 3. Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibuat Samsung sempena pelancarannya pada 21 Februari ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.