Memasuki model kesepuluh siri Galaxy, pastinya Samsung mahukan yang memberi yang terbaik buat para pengguna. Menerusi ura-ura yang dikeluarkan, jelas sekali Samsung Galaxy S10 atau mungkin dikenali sebagai Galaxy X bakal menarik perhatian ramai.

Berbaki tiga bulan sebelum pelancaran rasmi, dikatakan model Samsung Galaxy S10 bakal hadir dengan skrin yang lebih besar berbanding sebelum ini dengan penyertaan skrin 6.7-inci bersama paparan OLED. Penawaran skrin bersaiz besar ini sekaligus bakal memperlihatkan model ini mengatasi skrin yang ditawarkan pada Galaxy Note 9.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Samsung Galaxy S10 Bakal Menjadi Model Pertama Samsung Dengan Takuk Pada Skrin

Sama seperti sebelum ini dimana siri ini bakal diperkenalkan dengan beberapa pilihan model dimana model dengan spesifikasi tertinggi bakal diperkenalkan dengan enam kamera dimana empat daripadanya terletak dibahagian belakang manakala dua lagi dibahagian hadapan.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah percubaan pertama daripada Samsung dimana jenama ini telah mula eksperimen yang sama pada model Samsung Galaxy A9.

Seterusnya, model ini juga dijangkakan bakal disertakan dengan rangkaian 5G. Setakat ini belum diketahui adakah model dengan rangkaian 5G ini ditawarkan buat pengguna di Korea Selatan sahaja mahupun kepada semua pengguna seluruh dunia.

Rekaan konsep Samsung Galaxy S10

Mengikut pelancaran sebelum-sebelum ini, model flagship terbaru Samsung ini dijangkakan bakal dilancarkan pada bulan Mac ini. Sama-sama kita nantikan bagaimana model terbaru ini bakal memberi saingan kepada Apple, Huawei dan Google.

Sumber