Belum sempat Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan secara rasmi, nampaknya ura-ura bagi model flagship tahun hadapan Samsung iaitu Galaxy S10 telahpun dikeluarkan.

Terbaru, dikatakan Samsung Galaxy S10 bakal hadir dengan pengimbas cap jari diatas skrin. Teknologi yang masih baru ini telah mula diperkenalkan oleh Vivo terlebih dahulu sebelum jenama-jenama lain mengikuti trend yang sama.

https_blogs-images.forbes.comewanspencefiles201806S10_conceptrender_jan2018_02

Selain itu, dikatakan Samsung Galaxy S10 juga bakal menyaksikan smartphone pertama daripada Samsung yang menyertakan tiga kamera pada bahagian belakang. Sekiranya ura-ura ini benar, boleh dikatakan Samsung telah berjaya berjaya menawarkan sesuatu yang fresh buat para pengguna selepas peningkatan yang sangat sedikit pada Galaxy S9 berbanding S8.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Note 9 bakal dilancarkan pada bulan hadapan sekaligus bakal menjadi smartphone flagship terbaru daripada Samsung. Anda boleh baca dengan lebih lanjut dengan klik di sini mengenai ura-ura spesifikasi yang tersedia buat Note 9.