Dua bulan selepas pelancaran Samsung Galaxy S9, nampaknya ura-ura bagi model flagship ini telahpun diumumkan dimana Samsung Galaxy S10 bakal hadir dengan teknologi pengimbas cap jari di atas skrin.

Difahamkan setakat ini teknologi ini sudahpun dibangunkan dan Samsung sedaya upaya cuba untuk memberikan yang terbaik buat para pengguna. Samsung juga dikatakan bakal menyertakan sensor 3D pada kamera hadapan dalam menawarkan AR emoji khusus buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

samsung-galaxy-s9-48

Samsung Galaxy S10 bakal ditawarkan buat para pengguna seawal tahun 2019. Sebelum ini smartphone Vivo X21 berjaya menjadi smartphone pertama dengan penawaran teknologi fingerprint scanner di atas skrin.

Teknologi pengimbas cap jari ini juga dikatakan kemungkinan besar bakal hadir pada Samsung Galaxy Note 9 pada tahun ini berdasarkan beberapa sumber. Mampukah teknologi ini menjadi fenomena terbaru khususnya buat smartphone Android selepas ini?

Sumber