Hampir setahun berlalu daripada pelancaran Samsung Galaxy S9 dan nampaknya model terbaru daripada siri Galaxy iaitu Galaxy S10 bakal diperkenalkan seawal Feburari ini.

Berdasarkan ura-ura serta pengumuman daripada Evan Blass di laman Twitter, model terbaru ini bakal hadir dengan tiga rekaan yang hampir sama dengan penawaran saiz skrin yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiga saiz skrin yang diumumkan terdiri daripada model S10 dengan saiz skrin 5.8-inci manakala S10 dan S10+ masing-masing hadir dengan saiz 6.1-inci dan 6.4-inci. Sekiranya ura-ura ini benar nampaknya Samsung bakal mengikuti trend Huawei dan Apple dengan pengeluaran tiga model serentak dalam satu siri secara serentak.

Berdasarkan spesifikasi, Samsung bakal menyertakan processor terbaru bagi model flagship terbaru mereka dengan penyertaan RAM 6 GB. Model S10+ pula dijangka bakal hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang. Sama-sama kita nantikan kemunculan model terbaru yang dijangkakan bakal diumumkan pada Februari ini.