Sekiranya Huawei Mate 20 Pro merupakan raja bagi kamera terbaik mengikut DxOMark, Samsung pula nampaknya terus konsisten dalam menawarkan skrin terbaik bagi telefon pintar berdasarkan model yang ditawarkan.

Pada kali ini, model Samsung Galaxy S10 dan S10+ pula berjaya menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik mengalahkan Samsung Galaxy Note 9 berdasarkan laporan daripada DisplayMate. Penawaran skrin AMOLED Quad HD+ sekaligus berjaya memberi paparan terbaik buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
galaxy-s10-home-screen-blank
Sumber: Android Central

Selain daripada skrin yang memukau, Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik khusus buat anda yang sedang mencari telefon pintar Android dengan penggunaan processor Exynos 9820 serta RAM 8 GB.

Samsung Galaxy S10 sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala S10+ hadir dengan harga RM3,699. Buat anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan Samsung Galaxy S10, anda boleh tonton review daripada YouTuber terkenal MKBHD.