Hampir sedekad menawarkan telefon pintar melalui siri ‘Galaxy S’, telefon pintar daripada Samsung nampaknya terus konsisten menjadi pilihan buat ramai pengguna. Pada tahun ini, bersempena dengan pengeluaran model kesepuluh Galaxy S, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Melalui model ini, Samsung menjanjikan pengalaman penggunaan yang sempurna baik dari segi skrin, rekaan, kamera serta bateri. Nampaknya percubaan Samsung untuk merelisasikannya melalui model terbaru mereka ini dilihat berjaya. Ikuti dengan lebih lanjut mengapa Samsung Galaxy S10+ layak digelar antara telefon pintar Android terbaik setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan & Skrin

thumb_IMG_0016_1024

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat tiga variasi yang dikeluarkan buat Samsung Galaxy S10 terdiri daripada S10e, S10 dan S10+. Samsung Galaxy S10+ hadir dengan saiz skrin terbesar dan tampak premium melalui skrin AMOLED 6.4-inci Quad HD+.

Dalam usaha untuk tidak menggunakan takuk, Samsung telah menyertakan kamera pada skrin dimana S10 hadir dengan sebuah kamera hadapan manakala S10+ dengan dua kamera hadapan. Pada kami ianya tidak mengganggu malah tampak cool jika digayakan dengan pilihan wallpaper yang sesuai.

Spesifikasi

exynos-9820-1-920×582

Melalui model terbaru Samsung ini, model ini telah dilengkapkan dengan processor Exynos9 9820, RAM 8GB dan 128GB ruang storan. Model ini juga turut menggunakan Android 9.0 Pie serta dibantu oleh ROM One UI yang pada kami membuatkan pengalaman penggunaan telefon pintar keluaran Samsung lebih mudah dan menarik.

Malah, tidak keterlaluan untuk saya katakan ini merupakan telefon pintar paling responsif dan terpantas pernah saya gunakan berbanding beberapa model telefon pintar flagship yang lain.

Kamera

thumb_IMG_0017_1024

Melalui model Samsung Galaxy S10+, Samsung telah menyertakan sebanyak tiga kamera pada bahagian belakang dan dua kamera pada bahagian belakang. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Samsung menyertakan lebih daripada dua kamera pada bahagian belakang kerana pada Samsung A7 telah menyertakan sebanyak empat kamera.

Mengulas mengenai kamera yang disertakan, para pengguna berpeluang mendapatkan mode biasa, potret serta imej daripada sudut lebar atau wide begitu juga dengan kamera pada bahagian hadapan.

Kualiti gambar yang ditawarkan Samsung Galaxy S10+ sememangnya tiada tandingan. Penawaran gambar yang menarik pada pencahayaan gelap dan kualiti potret yang menarik berjaya meletakkan model ini sebagai antara model telefon pintar Android dengan kamera terbaik. Berikut merupakan kualiti gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S10+.

20190325_203533

20190324_205823

20190324_205819
Wide shot

20190325_203602

Harga

thumb_IMG_0018_1024

Samsung Galaxy S10+ mula diperkenalkan buat pasaran Malaysia dengan harga RM3,699 manakala Galaxy S10 ditawarkan pada harga RM3,199. Kedua-duanya berkongsi spesifikasi yang hampir sama namun berbeza dari segi saiz skrin. Sekiranya anda mahukan telefon pintar yang tidak begitu besar mendapatkan Samsung Galaxy S10 juga merupakan pilihan yang baik.

Khas buat promosi masa terdekat ini, anda berpeluang Samsung Galaxy S10+ dengan diskaun sebanyak RM300 dimana model ini ditawarkan pada harga RM3,399 sahaja. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

Adakah berbaloi?

Setelah mencuba Samsung Galaxy S10+ kami dapati model ini lebih disasarkan buat mereka yang mahukan yang terbaik pada telefon pintar Android mereka. Baik dari segi rekaan, skrin, prestasi, kamera dan bateri semuanya tampak sempurna pada model ini. Sangat disyorkan buat mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar untuk kegunaan masa yang panjang.