Saban tahun, Samsung Galaxy S-series tidak pernah gagal dalam menawarkan inovasi buat para pengguna. Dikenali sebagai siri flagship bagi jenama Samsung, model ini hadir dengan pakej lengkap bersesuaian dengan apa yang dimahukan pengguna melibatkan rekaan, spesifikasi, kuasa pemprosesan dan tidak dilupakan inovasi kamera.

Bersempena dengan tahun 2023, Samsung nampaknya sekali lagi mahu mengulangi skrip yang sama dengan memperkenalkan siri terbaru mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23 yang terdiri daripada model Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan juga Samsung Galaxy S23 Ultra.

Menariknya mengenai siri yang dilancarkan pada kali ini, Samsung dilihat lebih komited dalam menawarkan telefon pintar yang lebih dan berkuasa sekaligus bakal menjadi telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan Samsung.

Di sebalik pelbagai ciri dan ‘kejutan’ yang bakal diumumkan Samsung, jenama ini nampaknya bakal menawarkan sebuah ciri utama yang belum pernah diumumkan sebelum ini khususnya pada bahagian kamera. Ayuh kita ketahui lebih lanjut ciri hebat yang ditawarkan pada model terbaru Samsung pada kali ini.

Ada apa dengan kamera siri Samsung Galaxy S23

Samsung Galaxy S23 Ultra

Untuk pengetahuan, Samsung Galaxy S23 Ultra yang bakal ditawarkan tidak lama lagi ini, para pengguna berpeluang menikmati sensor kamera 200-megapixel. Ya, anda tidak silap membacanya malah hanya dengan mengetahui saiz sensor sahaja kami yakin ramai daripada anda dapat sudah dapat membayangkan kualiti imej yang bakal ditawarkan.

Menerusi sensor 200-megapixel yang diperkenalkan, Samsung menjanjikan resolusi gambar yang jelas serta 16 kali lebih baik berbanding sebelum ini. Bukan itu sahaja, sokongan AI yang ditawarkan membolehkan gambar yang kabur selepas crop tampil dengan wajah yang lebih terang dan jelas. Serius cool!

Khusus buat anda yang sering ‘kecewa’ dengan hasil gambar telefon pintar pada waktu malam atau cahaya malap, siri Samsung Galaxy S23 sedia mengubat kekecewaan anda dengan penawaran Nightography yang telah dikemas kini.

Hadir dengan algoritma terbaru, para pengguna bakal menikmati imej yang bukan sahaja jelas dan terang pada waktu malam, malah turut berpeluang selfie dengan sokongan bokeh pada waktu malam. Semuanya berjaya dijayakan dengan penyertaan sensor 12-megapixel Dual Pixel Auto Focus beserta teknologi AI yang diperkenalkan Samsung kali ini.

Sekiranya anda gemar mengambil gambar bintang dan bulan, fungsi Astrophoto pastinya menjadi peneman terbaik anda di mana anda tidak perlu lagi aksesori tambahan untuk mendapatkan gambar terbaik meskipun pada keadaan cahaya malap.

https://www.youtube.com/watch?v=cXJy11bk__U

Samsung juga sedia menawarkan lebih keseronokan buat mereka yang kerap menggunakan fungsi video di mana model Samsung Galaxy S23 Ultra yang diperkenalkan pada kal ini sedia ditawarkan dengan 2x OIS Double yang sekaligus memastikan setiap gambar yang diambil bebas getaran serta lebih jelas.

Malah, tidak mengejutkan melihatkan content creator atau YouTuber selesa menggunakan siri Samsung Galaxy S23 untuk merakam video dengan adanya fungsi rakaman video beresolusi 8K beserta penyertaan lensa yang lebih lebar.

Bukan itu sahaja, kualiti hebat daripada siri terbaru Samsung ini turut sedia ditawarkan menerusi aplikasi pilihan anak muda serta content creator pada kini seperti Instagram, Snapchat dan juga Tiktok. Menarik bukan?

Mod Expert RAW

Khusus buat anda yang mahukan lebih penguasaan kamera, Samsung turut menyertakan mod Expert RAW yang menjanjikan lebih banyak tetapan buat pengguna dalam mendapatkan imej terbaik. Tidak hanya terhad buat kamera belakang, model ini turut sedia ditawarkan pada kamera hadapan dan juga menerusi mod astrophoto.

Melihat kepada kualiti gambar model yang dilancarkan tahun lalu iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra yang masih lagi dinobatkan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik, kami yakin ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehebatan kamera Samsung Galaxy S23 Ultra ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan antara fungsi bahagian kamera yang tersedia buat siri Samsung Galaxy S23. Pastinya pengguna bakal menikmati lebih banyak keseronokan dan kepuasan menggunakannya menerusi rekaan, kemas kini terbaru OneUI dan juga spesifikasi serta kuasa pemprosesan terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S23 Ultra

Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal memiliki telefon pintar terbaik daripada Samsung dalam mendapatkan imej terbaik menerusi sensor 200-megapixel, anda boleh layari laman rasmi Samsung atau klik di sini untuk membuat pra-tempahan.