Simbol kekayaan paling yang klasik bakal bertemu dengan antara peranti tercanggih dunia ketika ini. Itulah yang boleh saya ungkapkan apabila Samsung telah mengumumkan kerjasama dengan Truly Exquisite untuk melancarkan Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge yang disalut dengan emas 24K.

gsmarena_001

Meskipun kedua-dua peranti ini sudah hadir pada awalnya dengan warna emas, kami yakin masih ada yang diluar sana yang mahukan emas tulen di bahagian telefon pintar mereka.

Kerjasama Samsung dengan Truly Exquisite ini bakal mewujudkan 3 variasi baharu iaitu 24K gold, platinum dan 18K rose gold buat setiap peranti. Berikut merupakan harga bagi setiap peranti tersebut:

  • 24K Gold Galaxy S7 – $2,380 USD
  • 24K Gold Galaxy S7 Edge – $2,495 USD
  • Platinum Galaxy S7 – $2,495 USD
  • Platinum Galaxy S7 Edge – $2,630 USD
  • 18K Rose Gold Galaxy S7 – $2,425 USD
  • 18K Rose Gold Galaxy S7 Edge – $2,562 USD

Kami yakin tidak ramai daripada sanggup untuk berbelanja lebih daripada 2000 USD untuk mendapatkan sebuah peranti daripada Samsung yang bersalut emas termasuk saya. Namun buat anda yang berminat, Samsung telah membuka pra tempahan buat telefon pintar ini seawal hari ini dan akan dihantar seluruh dunia.

Samsung Galaxy S7 besalut emas ini bakal hadir bersama beberapa aksesori. Telefon pintar ini akan didatangkan bersama kotak eksklusif yang diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi, VR headset dan tempat pengecas tanpa wayar.

gsmarena_002

Oh ya, bukan itu sahaja yang ditawarkan oleh Truly Exquisite buat bakal pelangganya, setiap pembelian peranti ini 5% daripadanya akan diberikan kepada badan-badan amal yang memerlukan.