Berita baik buat semua peminat Samsung dan Batman. Nampaknya, Pihak Samsung Malaysia bakal membawakan Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition ini untuk pasaran Malaysia.

Sebelum ini Pihak Samsung mengesahkan set ini bakal dijual di beberapa buah negara termasuk China, Singapore, Korea, Latin America, dan Russia. Ternyata Malaysia tersenarai untuk mendapatkan set edisi terhad ini melalui pengumuman terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2016-06-12 at 6.03.45 PM

Memandangkan edisi ini adalah terhad kepada 500 unit, harga yang diumumkan juga agak ‘limited edition’ iaitu RM4099. Harga yang agak mahal untuk sebuah telefon pintar. Tapi tunggu dulu, Set Injustice Edition yang bersama S7 Edge ini didatangi bersama Gear VR dan beberapa set ‘Batman’ yang lain.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition ini, anda boleh membuat pra tempahan dengan deposit RM500 bermula 17 Jun, 10 pagi ini. Buat peminat Batman, jangan lepaskan peluang keemasan ini.