Nampaknya Samsung masih mempunyai seperkara lagi untuk dibanggakan mengenai smartphone flagship mereka yang dilancarkan pada tahun lepas.

Kali ini Samsung Galaxy S7 telah berjaya dipilih sebagai smartphone dengan skrin terbaik daripada Society for Information Display (SID). Sebuah badan profesional yang memfokuskan kepada industri paparan smartphone.

Penggunaan skrin lengkung yang praktikal antara yang menjadi punca utama Samsung Galaxy S7 Edge dipilih sebagai smartphone dengan skrin terbaik daripada SID. Tidak dilupakan juga, skrin AMOLED yang jelas dan terang antara yang menjadi penyumbang utama.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Samsung berjaya mendapatkan anugerah ini. Syarikat ini berjaya dianugerahkan anugerah yang sama pada 2013 dan 2015.

Perbandingan Samsung Galaxy S8 bersama Samsung Galaxy S7 Edge

Melihat kepada review yang dilontarkan para reviewer mengenai Samsung Galaxy S8, tidak mustahil smartphone flagship terbaru daripada Samsung ini bakal menerima anugerah yang sama daripada SID.

Dikhabarkan, Apple juga bakal menggunakan paparan OLED Samsung Display pada model terbaru Apple iPhone. Sebanyak 72 juta unit paparan OLED bakal dihantar menjelang Jun 2017 dan bakal bertambah bergantung kepada permintaan pengguna.

Buat anda yang mahu mendapatkan Samsung Galaxy S7 Edge, anda boleh dapatkannya di sini dengan harga promosi.

Sumber