Berita baik buat anda yang sudah lama mengimpikan smartphone flagship daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+. Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Samsung telah menawarkan promosi terbaru dimana anda berpeluang mendapatkan model ini dengan harga diskaun sebanyak RM600.

Melalui harga promosi yang ditawarkan, para pengguna berpeluang mendapatkan Samsung Galaxy S8 dengan harga RM2,699 manakala Samsung Galaxy S8+ ditawarkan pada harga RM3,099 selepas diskaun.

samsung-galaxy-s8-review-aa-42-of-43-1340×754

Selain itu, Samsung turut menwarkan promosi buat model Samsung Galaxy J7 dan Galaxy J7+ dimana pengguna boleh mendapatkannya dengan harga RM999 dan RM1,099 selepas diskaun.

Promosi bersempena CNY 2018 ini cuma berlangsung pada masa terhad dan bakal berakhir pada 15 Februari 2018.

galaxy-s8

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan smartphone flagship daripada Samsung yang pada kami masih releven untuk didapatkan, inilah masanya yang ditunggu-tunggu. Kami mencadangkan anda untuk membaca ulasan kami mengenai Samsung Galaxy S8 terlebih dahulu sebelum mendapatkannya di kedai rasmi Samsung berdekatan anda.

Klik di sini untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8 atau S8+ dengan penawaran baucer sebanyak RM388 daripada Senheng dan senQ.

Sumber