Samsung Galaxy S5 mungkin bukan lagi smartphone flagship yang hebat ketika ini, namun sekiranya anda memiliki lebih 40 unit, mungkin anda boleh gunakannya untuk mesin melombong bitcoin.

Melalui projek kitar yang dinamakan sebagai ‘Galaxy Upcycling’ daripada Samsung, syarikat yang berpengkalan di Korea ini telah menggunakan smartphone flagship lama mereka bagi menghasilkan sesuatu yang baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Kyle Wiens

Jika selalunya penggunaan GPU yang banyak antara yang menjadi digunakan bagi menghasilkan mesin melombong bitcoin lain ceritanya dengan Galaxy S5 yang melombong menggunakan CPU. Hasilnya, gabungan 40 unit Galaxy S5 ini berjaya menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Intel Core i7 2600.

Sumber: Kyle Wiens

Selain itu, Samsung turut menggunakan Galaxy S3 sebagai mesin untuk mengesan pH air di dalam akuarium. Menurut Samsung, syarikat ini dilaporkan bakal memperbanyakkan lagi projek smartphone sebagai usaha untuk kitar semula agar boleh digunakan semula.

Sumber