Kalau anda buat satu produk dengan jenama Star Wars, produk itu pasti akan menarik perhatian umum. Itulah idea di sebalik produk Samsung ini. Pembersih hampagas PowerBot keluaran Samsung ini diberi rupa baharu dengan pilihan dua model: Darth Vader dan juga Stormtrooper.

Model PowerBot VR7000 ini pastinya akan menarik perhatian peminat tegar Star Wars kerana pembersih ini dapat menyedut habuk lantai rumah atau office secara sendiri tanpa memerlukan pengawasan. Teknologi di sebalik PowerBot ini akan membersihkan setiap ruangan yang ada dengan kuasa sedutan 10watt.

https://www.youtube.com/watch?v=DJDSMJnTniI

samsung 2

Model Darth Vader adalah yang lebih premium dengan fungsi Wi-Fi, remote control dan paparan LCD manakala model Stormtropper adalah versi basic yang memerlukan anda menekan butang untuk mengaktifkan PowerBot ini. Menarik tentang pembersih hampagas ini adalah ianya turut mempunyai suara terbina yang boleh ‘bercakap’.

Ianya memang sangat cantik dan unik dan akan dijual dengan harga USD799 (lebih kurang RM3370) untuk model Darth Vader dan USD699(lebih kurang RM2950) untuk model Stromtroopers. Harga yang agak tinggi untuk satu produk elektrik.

Mungkin PowerBot ini bukan untuk semua tetapi peminat setia Star Wars pasti sukakannya. Lebih jimat kita guna penyapu sahaja untuk sapu lantai.