Samsung Electronics Co. Ltd., syarikat pengeluar telefon bimbit gergasi dunia telah melancarkan telefon bimbit Galaxy Note terbaharu mereka, Note 9 akan memberikan prestasi terbaik dan boleh ditempah awal bermula hari ini hingga 19 Ogos dengan harga RM3,699 bagi model 128GB dan RM4,599 bagi model 512GB.

Samsung Galaxy Note 9 akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan memiliki ruang storan bermula daripada 128GB sehingga 512GB . Keupayaan memasukkan kad microSD sebesar 1TB pasti menjadi pilihan serta satu bonus kepada pengguna yang memerlukan storan lebih banyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, S Pen yang ditambah baik dengan penyambungan Bluetooth merupakan ciri-ciri baru inovatif yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy Note 9. Disamping pengenalan rasmi Galaxy Note 9, Samsung turut memperkenalkan jam tangan Samsung Galaxy Watch dan speakers Samsung Galaxy Home.

Samsung Galaxy Note 9 didatangkan dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Jet Black (hitam), Ocean Blue (biru), Lavender (ungu) dan Metallic Copper.

Samsung Galaxy Note9 Pre-order_BM

Bagi anda yang menempah awal Samsung Galaxy Note 9, anda akan mendapat ganjaran menarik seperti sebuah jam tangan pintar Gear Sport dan wireless charger pad. Jika anda berminat untuk menjadi orang yang terawal memiliki telefon pintar terbaru ini, anda boleh membuat tempahan awal melalui laman rasmi Samsung hari ini, tekan sini.