Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mula diperkenalkan pada tahun lalu menerusi model Galaxy S10, siri Fan Edition pada tahun ini diteruskan Samsung menerusi model flagship mereka. Pada acara kali ini, pihak Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy S20 FE yang hadir dengan spesifikasi yang sedikit berbeza berbanding model asal.

Menariknya pada model yang dilancarkan pada kali ini, pihak Samsung Malaysia disahkan bakal menawarkan model yang hadir dengan processor Snapdragon 865 beserta rangkaian 5G.

Screen Shot 2020-09-24 at 2.58.56 AM

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S20 FE dilengkapi dengan skrin 6.5-inci SAMOLED FHD+ 120Hz. RAM 8GB dan ruang storan sehingga 256GB antara yang ditawarkan. Para pengguna juga berpeluang meningkatkan ruang storan dengan menyertakan kad mikro SD sehingga 1TB.

Mengulas dari segi kapasiti bateri, model ini dikuasakan oleh bateri 4,500mAh dan ditawarkan bersama pengecasan pantas 25W. Selain itu, para pengguna juga berpeluang mengecas model ini secara tanpa wayar.

Model ini hadir dengan sensor kamera 12+12+8 megapixel pada bahagian belakang merangkumi lensa sudut lebar, ultra sudut lebar serta telefoto. Selain itu, pada bahagian hadapan model ini hadir dengan sensor sebesar 32-megapixel.

galaxy-s20-fe-1280×720

Galaxy-S20-FE_Cloud-Red-1

Sistem pengimbas jari atas skrin antara yang tersedia beserta kemampuan kalis air IP68. Pihak Samsung turut menjanjikan kemas kini sistem operasi Android terbaru selama 3 tahun. Selain itu, Samsung turut mengesahkan siri Fan Edition bakal diperkenalkan pada setiap tahun.

Samsung Galaxy S20 FE bakal mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,399 dan sedia untuk dipra-tempah bermula hari ini. Para pelanggan yang membuat pra-tempahan bakal menerima Samsung UV Sterilizer, jaminan perlindungan skrin serta Clear Standing Cover.

Pada bulan lalu, Samsung telah melancarkan siri Galaxy Note 20 bermula pada harga RM3,899. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Siri Samsung Galaxy Note 20 Dilancarkan Secara Rasmi Bermula Daripada RM3,899

Gagal Penuhi Janji, Apple Terpaksa Membayar Penalti RM4.14 Bilion Kepada Samsung

Anda Mungkin Suka