Samsung pada tahun ini meneruskan tradisi mereka dengan memperkenalkan model terbaru bagi siri Note. Menariknya, pada kali ini bukan satu tetapi dua model terbaru Note dilancarkan sesuai dengan keperluan pengguna. Model yang dilancarkan adalah Note 10 dan Note10+ yang hadir dengan saiz yang lebih besar.

Sekiranya anda pernah mengikuti ura-ura spesifikasi dan model Note 10 yang tertiris sebelum ini, nampaknya semuanya benar-benar belaka. Jom ikuti dengan lebih lanjut perubahan yang ditampilkan bagi dua model terbaru daripada Samsung ini.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Skrin

Sumber: engadget

Perkara terbesar yang membezakan Note 10 dan Note10+ sudah pastinya skrinnya. Note 10 hadir dengan skrin 6.3-inci Dynamic AMOLED FHD+ HDR10+ manakala Note10+ dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+.

Melihat kepada Samsung Galaxy S10+ yang berjaya dinobatkan sebagai skrin tercantik sebelum ini, pastinya takhta ini bakal dirampas oleh Samsung Galaxy  Note 10+.

Spesifikasi

dims (1)

Sumber: engadget

Sebut mengenai siri Note, pastinya spesifikasi yang memukau antara yang menjadi tumpuan. Pada kali ini, Samsung dilihat mampu memberi lebih kuasa dan pilihan buat pengguna menerusi dua model yang ditawarkan.

Samsung Galaxy Note 10 dilengkapkan dengan processor Exynos 9825, 8GB RAM, ruang storan 256GB UFS 3.0 serta bateri berpasiti 3,500 mAh. Note 10+ nampaknya hadir dengan spesifikasi lebih berkuasa dengan penyertaan processor Exynos 9825, 12 GB RAM, ruang storan 512GB UFS 3.0 dan kapasiti bateri 4,300 mAh. Pihak Samsung turut menyertakan pengecasan 25W buat setiap pembeli yang mendapatkannya.

Oh ya, kedua-dua turut hadir dengan S-Pen untuk memudahkan pengguna menulis menggunakannya serta turut dilengkapkan dengan beberapa ciri terbaru.

Kamera

Note10+

Sumber: Cnet

Tidak hanya memfokuskan kepada skrin dan spesifikasi, Samsung turut menawarkan kemaskini terbaru bagi kamera model keluaran terbaru mereka. Kamera Note 10+ hadir dengan gabungan sensor 12-megapixel, 16-megapixel, 12-megapixel dan 3D TOF Megapixel. Model ini hadir dengan kamera utama, kamera ultra wide dan lensa zoom.

Note 10 turut dilengkapkan dengan kamera yang sama namun tidak disertakan dengan sensor kamera 3D TOF Megapixel.

Harga

samsung_galaxy_note_10_hands_on_3

Sumber: 9to5Google

Mengulas dari segi harga, Samsung Galaxy Note 10 dilihat membawa tanda harga yang sama seperti Note 9 seperti mula dilancarkan tahun lalu dengan harga RM3,699.

Samsung Galaxy Note 10+ pula hadir dengan harga yang lebih premium bersesuaian dengan penyertaan spesifikasi yang hebat dengan harga RM4,199 untuk model 256GB ruang storan manakala model 512GB ruang storan ditawarkan pada harga RM4,799. Berikut merupakan pandang pertama YouTuber popular MKBHD mengenai Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Anda Mungkin Suka