Setelah berbulan-bulan lamanya para peminat menantikan acara Samsung Unpacked, pagi ini menjadi saksi apabila Samsung akhirnya memperkenalkan barisan produk baharu mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, barisan Samsung Galaxy S23 pada kali ini menampilkan perubahan yang ketara dari segi spesifikasi serta teknologi kameranya yang lebih canggih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perbezaan ketara lain yang dapat dilihat adalah tiada lagi bonggol kamera besar Contour Cut digantikan dengan rekaan floating pada ketiga-tiga model S23 yang diperkenalkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca maklumat terperinci berkenaan model Galaxy S23 di bawah.

 Samsung Galaxy S23

Sumber Gambar: Samsung

Samsung Galaxy S23 dilengkapi skrin 6.1-inci yang menyokong paparan HDR+10. Menariknya, terdapat ciri Vision Booster yang memastikan imej masih nampak jelas dalam pelbagai keadaan cahaya. Selain itu, skrinnya pula dilengkapi kaca Gorilla Victus 2 yang lebih tahan lasak dan kukuh.

Siri kali ini menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy bersama padanan memori 8GB RAM  dan juga storan dalaman sehingga 256GB. Bateri berkapasiti 3,900 mAh ini pula menyokong pengecas 25W.

Sumber Gambar: Samsung

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal. Kamera hadapan telah dipertingkatkan ke 12MP. Sementara, ketiga-tiga kamera utama adalah sama seperti tahun lalu.

Samsung Galaxy S23+

Sumber Gambar: Samsung

Model ini pula dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci AMOLED Dynamic AMOLED 120Hz FHD+ yang menyokong paparan HDR10+. Seperti model biasa, ia hadir dengan sokongan adaptive refresh rate yang bakal melaraskan kadar refresh rate yang bersesuian aplikasi yang dipasang.

Spesifikasi dalaman masih kekal sama cuma terdapat perubahan pada kapasiti bateri yang mana model ini mempunyai bateri sebesar 4,700 mAh berserta sokongan pengecasan pantas 45W. Selain itu, ada juga ciri kalis air dan debu menerusinya.

Sumber Gambar: Samsung

Dari segi kamera, masih kekal sama antara kedua-dua model ini. Walaupun kamera masih sama, Samsung kini menawarkan sokongan Expert RAW dengan gambar boleh diambil pada resolusi 50MP lebih besar.

Samsung Galaxy S23 Ultra

Sumber Gambar: Samsung

Selaku model terbaik pada siri kali ini, S23 Ultra hadir dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2x, menyokong input berasaskan S-Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy serta memori 12GB RAM. Malah, anda boleh memilih pilihan storan mencapai 1TB.

Bateri sebesar 5,000 mAh turut menyokong pengecas pantas 45W. Dari segi ketahanan pula, kaca Gorilla Glass Victus 2 yang digunakan boleh menahan hentakan daripada ketinggian sehingga 2 meter.

Sumber Gambar: Samsung

Pada bahagian kamera juga, telefon pintar ini hadir dengan kamera 200MP bersama untuk rakaman gambar. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP ISOCELL HP2, ultra sudut lebar 12MP, telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal dan telefoto 10MP sehingga 10 kali optikal serta 100 digital.

Menurut Samsung, sensor gergasi 200MP mampu menghasilkan gambar yang lebih tajam, jelas, kurang hingar dan warna yang lebih baik. Pada kali ini, Samsung juga dilihat menjadikan ciri Astrophotography sebagai tarikan utama. Bagaimanapun, kamera hadapan dilihat mengalami downgrade daripada resolusi 40MP ke 12MP sahaja.

Ketiga-tiga peranti menggunakan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. Pilihan warna pula adalah Black, Cotton, Green, dan Violet untuk model S23 dan S23+. Pilihan warna pula adalah Phanton Black, Green, Cream dan Lavender untuk  S23 Ultra

Berkaitan harga pula, model Galaxy S23 biasa akan ditawarkan pada harga bermula RM3,899 untuk varian 128GB sementara pilihan storan 256GB pula berharga RM4,199 sahaja.

Untuk Galaxy S23+ pula, pilihan storan 256GB boleh dibeli pada harga RM4,699 dan diikuti dengan storan 512GB yang berharga RM5,199.

Model paling premium iaitu Galaxy S23 Ultra akan ditawarkan pada harga RM5,699 untuk pilihan storan asas 256GB. Kemudian, diikuti varian storan 512GB yang dijual pada harga RM6,199 dan model 1TB pada harga RM7,199.

Bagi pengguna yang berminat, boleh pra-tempah telefon pintar ini di laman rasmi Samsung hari ini. Samsung Malaysia turut menawarkan promosi storan berganda untuk pra-tempahan.

Sumber