Seperti yang ramai sedia maklum, teknologi TV semakin tahun nampaknya semakin nipis dan lebar. Namun mungkin ramai yang tidak menyangka saiz TV mampu mencapai saiz gergasi mencapai 292-inci. Samsung berjaya merealisasikannya pada hari ini melalui acara InfoComm dimana model ini dinamakan sebagai ‘Wall Luxury’.

Sesuai dengan namanya, TV bersaiz 292-inci ini dikhususkan buat mereka yang mahukan TV dengan paparan yang mewah. Dari segi spesifikasi, Samsung berjaya menyertakan paparan LED dengan definisi 8K. Lebih cool, model ini turut boleh diubah kepada hiasan lukisan digital apabila tidak digunakan bagi membuatkan ruang rumah lebih menarik.

2019-06-13-image-6
Sumber: TechSpot

Untuk pengetahuan anda, Samsung telah berjaya melancarkan TV dengan saiz skrin 146-inci pada tahun lalu dan pada kali ini syarikat ini berjaya menawarkannya dengan saiz dua kali ganda.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah harga rasmi bagi model ini walaubagaimanapun melihat kepada teknologi yang ditawarkan tidak mustahil model ini bakal dijual dengan harga jutaan Ringgit.