Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah hampir 7 tahun dikaitkan dengan ura-ura yang sama, Samsung seawal tahun depan nampaknya bersedia untuk mengeluarkan smartphone futuristik terbaru mereka. Projek yang dibangunkan sejak sekian lama ini bakal menampilkan skrin boleh lipat buat para pengguna dan bakal menjadi smartphone paling rare pernah dikeluarkan Samsung.

Smartphone yang dinamakan sebagai Galaxy X ini juga turut disertakan dengan spesifikasi yang terbaru dan kemungkinan besar bakal menjadi smartphone Android terhebat apabila mula dilancarkan pada awal tahun hadapan. Walaubagaimanapun, sejauh mana skrin boleh lipat ini bakal menguntungkan pengguna masih lagi menjadi misteri.

137717-phones-news-samsung-galaxy-x-roll-out-oled-screen-shown-off-just-0-3mm-thin-image1-fXavFKjoVM

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Samsung memihak untuk mengeluarkan smartphone dengan teknologi terbaru mereka dalam kuantiti yang sedikit. Sebelum ini Samsung turut menggunakan cara yang sama melalui model Galaxy Round pada tahun 2013 dimana ianya hadir dengan teknologi skrin lengkung merentasi skrin.

Memandangkan teknologi yang dihasilkan masih baru, Samsung memihak untuk mengeluarkan dalam kos yang sedikit bagi menguji permintaan pelanggan sekaligus membuatkan para peminat Samsung sukar untuk mendapatkannya.

142342-phones-news-samsung-galaxy-x-foldable-smartphone-closer-to-launch-following-certification-in-south-korea-image1-jq2kficmyr

Melihat kepada jangkaan pengumuman Samsung sekitar Januri 2018, kemungkinan besar Samsung Galaxy X bakal menjadi pencabar terdekat Apple iPhone X.

Anda Mungkin Suka