Baru sahaja dilancarkarkan di Amerika Syarikat minggu lalu, Samsung Malaysia pada minggu ini telah melancarkan dua model flagship mereka iaitu Samsung Galaxy Note 10 dan Samsung Galaxy Note 10+. Model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar berkuasa tinggi dengan saiz skrin yang besar beserta stylus.

Perkara terbesar yang membezakan Note 10 dan Note10+ sudah pastinya skrinnya. Note 10 hadir dengan skrin 6.3-inci Dynamic AMOLED FHD+ HDR10+ manakala Note10+ dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →
Samsung Galaxy Note 10

Sumber: CNET

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 10 dilengkapkan dengan processor Exynos 9825, 8GB RAM, ruang storan 256GB UFS 3.0 serta bateri berpasiti 3,500 mAh.

Note 10+ nampaknya hadir dengan spesifikasi lebih berkuasa dengan penyertaan processorExynos 9825, 12 GB RAM, ruang storan 512GB UFS 3.0 dan kapasiti bateri 4,300 mAh. Pihak Samsung turut menyertakan pengecasan 25W buat setiap pembeli yang mendapatkannya.

Kamera

cropped-P1022318

Sumber: EFTM

Tidak hanya memfokuskan kepada skrin dan spesifikasi, Samsung turut menawarkan kemaskini terbaru bagi kamera model keluaran terbaru mereka. Kamera Note 10+ hadir dengan gabungan sensor 12-megapixel, 16-megapixel, 12-megapixel dan 3D TOF Megapixel. Model ini hadir dengan kamera utama, kamera ultra wide dan lensa zoom.

Note 10 turut dilengkapkan dengan kamera yang sama namun tidak disertakan dengan sensor kamera 3D TOF Megapixel.

Harga

Galaxy Note 10 & Note 10+

Sumber: Android Central

Mengulas dari segi harga, Samsung Galaxy Note 10 dilihat membawa tanda harga yang sama seperti Note 9 seperti mula dilancarkan tahun lalu dengan harga RM3,699.

Samsung Galaxy Note 10+ pula hadir dengan harga yang lebih premium bersesuaian dengan penyertaan spesifikasi yang hebat dengan harga RM4,199 untuk model 256GB ruang storan manakala model 512GB ruang storan ditawarkan pada harga RM4,799.

Adakah berbaloi?

samsung_galaxy_note_10_hands_on_3

Sumber: 9to5google

Berdasarkan harga yang ditawarkan mungkin tidak ramai yang sanggup membelanjakannya. Namun jika diukur dari segi spesifikasi, skrin serta kamera yang ditawarkan, model ini dilihat berbaloi sekiranya anda mahukan telefon pintar Android terbaik yang tersedia di pasaran ketika ini.

Sekiranya anda berminat dengan telefon pintar ini, boleh dapatkan segera di Lazada (klik sini)

Anda Mungkin Suka