Nampaknya Samsung Malaysia pada hari ini telah mula menawarkan siri televisyen QLED 8K 2019 buat para pengguna di Malaysia. Siri terbaru ini menampilkan 3 model televisyen keluaran Samsung dengan tiga saiz berbeza merangkumi 75-inci, 82-inci dan 98-inci.

Menariknya model ini turut tampil dengan penggunaan Quantom Processor yang membolehkan model ini memproses serta menawarkan kualiti gambar seumpa definisi 8K meskipun menonton rancangan atau filem yang mempunyai resolusi yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyertaan HDR10+ pada model ini bakal membolehkan pengguna menonton televisyen melalui pelbagai sudut pandangan dengan penawaran warna yang sekata. Selain itu, model terbaru ini turut menyokong teknologi Apple AirPlay 2, Alexa, Bixby dan Google Assistant.

IMG_0376

Melalui siri QLED 8K, model-model ini turut hadir dengan tanda harga yang premium dimana model 75-inci ditawarkan dengan harga RM59,999, diikuti dengan model 82-inci dengan harga RM99,999. Model paling premium iaitu 98-inci ditawarkan dengan harga RM299,999. Sememangnya sebuah harga yang premium untuk model dengan teknologi terbaru.

https://www.youtube.com/watch?v=Uh_QOikSlT4