Ada sesetengah jenama besar akan membuat apa sahaja untuk mempromosikan kemampuan produk mereka sehingga kadangkala terpaksa menggunakan pengiklanan yang salah. Itulah yang terjadi kepada Samsung Malaysia apabila jenama tersebut ‘kantoi’ menggunakan gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR. Ini bukan kali pertama Samsung ‘tertangkap’ menggunakan cara promosi yang salah tahun ini.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh pemilik asal gambar tersebut, Dunja Djudjic. Beliau mula menyedari mengenai perkara tersebut apabila mendapati gambar yang telah dimuatnaik di laman web EyeEm telah terjual menerusi laman web Getty.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →
Gambar Ubah Suai oleh Samsung

Gambar Dunja yang di ubah suai oleh pihak Samsung

samsung

Gambar perbandingan antara foto Dunya (kiri) dan gambar di laman Samsung (kanan)

Beliau yang agak teruja terus menyemak pembeli gambar tersebut yang ternyata digunakan untuk mempromosikan ‘kehebatan’ kamera Samsung Galaxy A8 Star . Perbezaan paling ketara yang terdapat pada gambar tersebut ialah latar belakang yang diubah menggunakan kemahiran Photoshop yang dianggap lemah oleh Dunja.

Mungkin bagi pihak Samsung Malaysia, mereka cuba menonjolkan kemampuan mod ‘potrait’ kamera Galaxy A8 Star untuk membuat latar belakang objek menjadi kabur. Jadi bagaimana sebenarnya kemampuan kamera Galaxy A8 Star dalam dunia nyata?

Anda Mungkin Suka