Sebelum ini, kami ada mengeluarkan ulasan mengenai Samsung Galaxy Note 7. Daripada pemerhatian awal, boleh dikatakan telefon pintar ini sempurna tanpa sebarang kelemahan selain daripada harga yang agak ‘premium’. Tidak begitu lama sebelum kita diumumkan mengenai masalah yang besar yang telah terdapat pada Samsung Galaxy Note 7.

Setakat 1 September, sudah hampir 2.5 juta Galaxy Note 7 telah terjual seluruh dunia dan dilaporkan bilangan Galaxy Note 7 yang sudah mengalami letupan telah meningkat sebanyak 35 unit. Masalah ini merupakan sebuah masalah yang paling teruk pernah dialami telefon flagship selain daripada masalah #bendgate pada iPhone sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

note7_explode

Tahniah buat Samsung Malaysia yang sangat responsif mengambil tindakan, pihak Samsung Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka akan menggantikan semua Galaxy Note 7 untuk pelanggan tempatan.

Ia akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang, dan pengguna yang telah membelinya boleh menghubungi Samsung Malaysia melalui talian 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses ini.

Memandangkan Samsung Galaxy Note 7 mengalami masalah yang serious, boleh dikatakan Samsung Galaxy S7 Edge masih dilabel sebagai ‘King of Android Phone’ manakala untuk kategori flagship dibawah paras harga RM2000, Oneplus 3 dan Huawei P9 merupakan pilihan yang baik.

Sumber