Mula diperkenalkan sebagai telefon pintar Samsung dengan penuh inovasi menyertakan skrin yang boleh dilipat, Samsung Galaxy Fold nampaknya mengalami sedikit masalah apabila terdapat sejumlah besar bilangan model keluaran awal mereka mempunyai masalah melibatkan skrin.

Berdasarkan permasalahan yang berlaku, Samsung sebelum ini telah mengumumkan untuk menangguhkan penawaran Samsung Galaxy Fold secara rasmi kepada bulan Julai.

CGmFQfe62Li6XE5z6EGox6
Sumber: Tech Radar

Walaubagaimanapun, skrip yang sama seolah berulang apabila syarikat ini dilaporkan masih belum bersedia untuk menawarkannya kepada umum. Setakat ini masih belum terdapat sebarang maklumat lanjut daripada pihak Samsung mengenai bilakah Samsung Galaxy Fold bakal ditawarkan secara rasmi.

Model ini bakal hadir dengan tanda harga sekitar $1,980 (RM8,240.96). Sememangnya sebuah harga yang premium untuk sebuah teknologi yang baru daripada Samsung.