Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tahun 2017 memperlihatkan hampir kesemua jenama smartphone berlumba-lumba untuk mengeluarkan model dengan rekaan bezel yang nipis. Buat Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S8 kedua-dua model ini berjaya mengeluarkan smartphone dengan skrin lengkung.

Pada kami teknologi yang dikeluarkan sudah cukup futuristik untuk kegunaan pada ketika ini. Dalam pada itu, Samsung ternyata mempunyai pelan yang lebih inovatif menjelang tahun hadapan dimana mereka mengumumkan Samsung Galaxy Note terbaru kemungkinan Note 9 bakal disertakan dengan skrin boleh lipat.

maxresdefault (2)

Prototaip skrin boleh lipat samsung

Mungkin teknologi ini mampu diimplemen pada Samsung Galaxy Note terbaru namun apa fungsi yang bakal tersedia melalui skrin boleh lipat ini masih lagi menjadi misteri.

Untuk pengetahuan anda, proses R&D Samsung untuk skrin boleh lipat ini bukanlah sesuatu yang baru. Jenama yang berpengakalan di Korea Selatan ini telah mula mengeluarkan prototaip mereka sejak 2011 lagi. Berikut merupakan video prototaip awal skrin Samsung ini.

Anda Mungkin Suka