Seiring dengan perkembangan dan pembaharuan media sosial, pemilihan telefon pintar bukan sahaja terhad kepada sistem pemprosesan yang baik bahkan kualiti kamera juga menjadi faktor pemilihan utama pembeli. Pelancaran Samsung Galaxy S10 baru-baru ini membawa berita gembira terutamanya pengguna tegar Instagram.

Umum mengetahui kualiti gambar yang diambil secara langsung melalui aplikasi agak berlainan dengan gambar yang diambil menggunakan kamera sedia ada pada sesebuah peranti. Melalui pelancaran peranti terbaharu, Samsung juga telah mengumumkan kolaborasi GalaxyInstagram dan menyertakan sekali ciri khas ‘Instagram Mode’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciri ini membenarkan pengguna untuk berkongsi gambar yang diambil dengan ciri yang disertakan dalam peranti terus ke feed atau stories.

lcimg_332a8996_3a22_495a_a630_ae9bef2095ca.0

Kolaborasi ciri baharu kamera pada peranti keluaran Samsung tidak hanya terhad buat Instagram sahaja. Setakat ini beberapa aplikasi sosial lain seperti Snapchat, Snow dan Line juga menerima akses yang sama.

Sumber