Buat anda yang sedang mencari smartphone baharu mungkin Samsung S9 dan S9+ boleh menjadi salah satu pilihan anda. Kini dua model ini didatangkan dengan dua warna yang baharu iaitu Sunrise Gold dan Burgundy Red.

Galaxy S9 Burgundy Red_3

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Galaxy S9 Burgundy Red_4

s9

Samsung S9 dan S9+ pertama kali diperkenalkan pada bulan Februari lepas dengan tiga warna iaitu Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple. Menariknya warna Sunrise Gold merupakan model pertama dari Samsung yang mempunyai kemasan satin gloss finish manakala warna Burgundy Red didatangkan dengan kemasan gloss.

Warna Burgundy Red akan mula dijual di pasaran Korea dan China bermula bulan Mei manakala warna Sunrise Gold akan dijual di Australia, Chile, Jerman, Hong Kong, Korea, Mexico, Rusia, Sepanyol, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam bermula bulan Jun nanti. Untuk pasaran Malaysia? Anda mungkin boleh mendapatkan perkembangan terkini untuk dua warna ini laman Samsung Malaysia.