Bersempena dengan Samsung Forum South East Asia 2019 yang berlangsung pada hari ini di Singapura, Samsung telah melancarkan model televisyen terbaru dan tercanggih mereka untuk pasaran Asia Tenggara iaitu model Q950R.

Menerusi model terbaru ini, penonton bakal berpeluang menonton televisyen dengan saiz yang lebih besar dan berkualiti tinggi dimana model ini hadir dengan resolusi 8K dengan saiz 98-inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20190325_101239

20190325_101700

Menariknya model ini turut tampil dengan processor terbaru yang membolehkan model ini memproses serta menawarkan kualiti gambar seumpa definisi 8K meskipun menonton rancangan atau filem yang mempunyai resolusi yang rendah. Selain itu, model terbaru ini turut menyokong teknologi Apple AirPlay 2, Alexa, Bixby dan Google Assistant.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah harga rasmi untuk pasaran rasmi bagi model Samsung Q950R. Walaubagaimanapun, melihat kepada teknologi serta saiz yan ditampilkan, harga mencecah enam angka antara yang dijangkakan.