Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Laporan penjulan smartphone untuk suku terakhir 2016 baru sahaja dikeluarkan. Berdasarkan statistik, pengguna didapati kurang mendapatkan smartphone terbaru berbanding tahun 2015 dengan pengurangan sebanyak 5.9%. Mungkin disebabkan faktor ekonomi barangkali.

Dalam pada itu, sesuatu yang agak mengejutkan kami adalah Samsung sekali lagi berjaya menjadi pilihan Rakyat Malaysia dengan mendapatkan penjualan tertinggi sepanjang tahun 2016. Sesuatu yang hebat buat jenama yang terpalit dengan ‘tragedi Oktober’ pada model flagship mereka iaitu Samsung Galaxy Note 7.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Kehadiran model terbaru Apple dan kepelbagaian smartphone dari China ternyata tidak menjejaskan ranking penjualan Samsung di Malaysia. Dari segi pemasaran pula, kami dapati jenama-jenama seperti Oppo dan Vivo lebih rancak melakukan pemasaran berbanding Samsung. Jelas, keberadaan Samsung di dalam industri smartphone sudah cukup gah untuk meyakinkan para pembeli.

Dikatakan kebanyakan penjualan Samsung pada tahun 2016 hadir pada model Samsung S7 Edge serta smartphone kategori mid-range seperti Samsung J-Series. Penawaran spesifikasi sederhana pada harga mampu antara resepi yang digunakan Samsung bagi meningkatkan penjualan pada tahun lepas.

Rekaan konsep samsung galaxy S8

Sempena tahun ini, Samsung dikatakan bakal memperkenalkan model flagship mereka iaitu Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus seawal bulan depan. Model terbaru ini juga dikatakan bakal mengembalikan imej Samsung yang tercalar selepas insiden yang menimpa Samsung Galaxy Note 7.

Anda Mungkin Suka