Apabila berbincang soal skrin dan paparan yang terbaik, jenama yang berasal dari Korea Selatan ini seolah tiada tandingan. Jenama yang kami maksudkan adalah Samsung. Sebuah jenama yang mendapat perhatian ramai berikutan teknologi OLED dan QLED yang digunakannya baik dari segi konsumer mahupun pengeluar smartphone hebat seperti Apple.

Melalui siri terbaru TV Samsung iaitu Q9, Samsung telah memperkenalkan sebuah TV baru keluaran mereka dengan saiz paparan 88-inci. Tidak hanya menawarkan skrin gergasi, TV ini turut didatangi dengan teknologi resolusi 4K Ultra HD serta dibantu dengan teknologi HDR. Dalam erti kata lain, setiap imej yang terhasil akan terlihat lebih vibrant dan terang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

5762018_rd

Dalam pada itu, TV yang baru sahaja dilancarkan Samsung ini turut didatangkan dengan tanda harga yang premium. Sesuai buat mereka yang mahukan TV yang besar serta kerap meluang masa menontonnya, Samsung siri Q9 bakal menjadi milik anda dengan tanda harga $20,000 (~RM85,620.00). Dengan tanda harga yang diumumkan, kami mungkin rela menunggu sedikit lama sehingga harganya diturunkan.