Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada ketika ini, Samsung telah mendominasi arena skrin boleh lipat menerusi penawaran Z Flip dan Z Fold yang serba canggih. Dengan timbul minat di kalangan pengguna terhadap peranti tersebut, semakin banyak jenama yang turut menawarkannya seperti Huawei, Motorola dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laporan dari Korea Selatan, Samsung telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dengan pihak pengeluar komponene dan menyasarkan Apple bakal memperkenalkan peranti menggunakan skrin boleh-lipat seawal 2024 kelak.

Sumber Gambar: Medium

Menariknya, Apple dijangka memperkenalkan peranti skrin boleh-lipat menerusi tablet atau komputer riba dan bukannya iPhone. Perkongsian terbaru ini selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan Apple akan hadir dengan iPad boleh-lipat sekitar 2025 kelak.

Malah, dikatakan pihak Apple mahu mengambil peluang menerokai teknologi skrin boleh-lipat pada iPad terbaharu dan kemudian baru digunakan pada barisan iPhone. Dalam pada itu, Samsung telah menjangkakan pasaran telefon pintar boleh lipat akan berkembang sehingga 80% menjelang 2025 kelak.