Timbul sedikit kontroversi baru-baru ini apabila dikatakan Samsung cuba meniru Apple dengan penggunaan warna ‘Jet Black’ atau glossy black pada Samsung Galaxy S7 Edge yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

Situasi menjadi lebih panas apabila model Galaxy S7 yang sebelum ini sudah hadir dengan warna hitam bakal mengeluarkan warna hitam kilat yang memperlihatkan seperti Samsung meniru Apple secara terus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasrat Samsung untuk melancarakn warna hitam kilat adalah berikutan warna tersebut tidak hadir sebelum ini buat Galaxy S7. Berikutan pergantungan Note 7, Samsung bakal membawa 2 warna Note 7 iaitu ‘Onyx Black’ dan ‘Coral Blue’ yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas.

samsung_galaxy_s7

Kemungkinan tiada sebarang pertikaian berlaku diantara Apple dan Samsung memandangkan Samsung bakal menggunakan nama warna ‘Onyx Black’ berbanding ‘Jet Black’ yang digunakan Apple. Secara asasnya, kedua-duanya mempunyai kod warna yang sama dan hadir dengan permukaan yang kilat.

Samsung sebelum ini telah menggunakan warna ‘Onyx Black’ pada dua model keluarannya iaitu Samsung Galaxy Note 7 dan Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition.

galaxys7edge_injustice_main_4

injustice-edition_back

samsung-galaxy-note-7-black-onyx-back

Sumber