Hampir sebulan selepas pelancaran rasmi, akhirnya Samsung Malaysia pada hari ini mula menawarkan smartphone flagship keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Pelancaran Samsung Galaxy S8 sekaligus menandakan Gear VR, Gear 360 serta Samsung DeX bakal turut ditawarkan Samsung Malaysia. Buat mereka yang telah membuat pra-tempahan bagi Samsung Galaxy S8, mereka turut menerimanya pada hari ini beserta beberapa free gift yang disediakan Samsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Antara pengguna terawal Samsung Galaxy S8 di Malaysia

Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh pihak Samsung, Samsung Galaxy S8 bakal dijual dengan harga RM3299 manakala Samsung Galaxy S8+ bakal ditawarkan pada harga RM3699.

Skrin lengkung yang bersaiz besar melitupi bahagian skrin yang dinamakan sebagai ‘infinity display’ antara yang membuatkan Samsung Galaxy S8 tampil berbeza bersama pesaing terdekat.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8, anda boleh dapatkannya di Samsung Store Malaysia atau boleh dapatkan secara online di sini. Beberapa freegift turut ditawarkan buat pembeli terawal.

Nak tahu apa yang best dan power tentang smartphone flagship terbaru daripada Samsung ini, mungkin ulasan penuh daripada Vocket ini dapat membantu anda untuk membuat pertimbangan sebelum mendapatkan Samsung Galaxy S8.