Samsung menerima langkah kanan pada minggu ini selepas smartphone terbaru yang dilancarkan mereka dinobatkan sebagai smartphone dengan skrin terbaik di dalam pasaran ketika ini oleh DisplayMate.

Dikhabarkan pengguanan OLED serta skrin yang lengkung antara yang menjadi faktor terbesar dalam menjadikan Samsung Galaxy S8 sebagai pemenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami yakin anda pasti pernah lalui situasi ini dimana smartphone anda kelihatan sedikit kabur apabila digunakan bawah cahaya matahari yang terik atau ketika outdoor.

Dikhabarkan masalah kini berjaya diselesaikan dengan baik melalui Samsung Galaxy S8. Good job Samsung!

Buat anda yang berminat untuk menjadi antara yang terawal untuk menggunakan smartphone terbaru Samsung ini, anda berpeluang untuk membuat seawal 11 April sehingga 13 April 2017 ini. Beberapa free gift turut disediakan selaku pelanggan terawal termasuk earphone daripada AKG.

Setakat ini, Samsung Malaysia masih belum mengesahkan harga rasmi bagi Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus. Tanda harga mencecah RM3,000 dan keatas antara yang dijangkakan buat smartphone flagship terbaru daripada Samsung ini.

Sumber