Samsung sebelum ini dilaporkan telah mendedahkan tarikh bagi acara Galaxy Unpacked secara tidak sengaja. Sementara para peminat sudah tidak sabar menantikan pelancaran telefon pintar flagship mereka yang seterusnya.

Terbaharu, syarikat Samsung secara rasmi kini telah mengesahkan bahawa acara Galaxy Unpacked pada tahun 2023 yang akan berlangsung pada 2 Februari depan. Selaras dengannya, Samsung juga mengesahkan siri Galaxy S juga akan membuat kemunculan pada acara itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Samsung Malaysia

Dari segi spesifikasi untuk siri kali ini, Galaxy S23 bakal hadir dengan janaan cip  Snapdragon 8 Gen 2 serta naik taraf kamera sehingga 200MP. Buat masa ini, Samsung telah membuka daftar minat bagi peranti siri Galaxy S23 akan datang menerusi pautan ini.

Malah, ada beberapa produk lain yang turut diperkenalkan tetapi tidak dinyatakan dengan terperinci buat masa ini. Terdapat kemungkinan kita bakal melihat fon telinga TWS dan jam pintar baharu menerusi acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan acara Galaxy Unpacked yang bakal berlangsung pada 2 Februari ini. Anda juga boleh menstrim secara langsung menerusi saluran rasmi Samsung pada pukul 2.00 pagi pada tarikh tersebut.