Samsung Electronics Co. pada hari ini telah mengambil keputusan yang mungkin salah satu terbesar dalam syarikat mereka dengan menamatkan penjualan dan pengeluaran Samsung Galaxy Note 7. Antara telefon terbaik Android pada masa ini namun terpalit denga isu mudah meletup.

Cadangan Samsung untuk menghentikan Galaxy Note 7 hadir selepas mereka telah mengeluarkan second batch yang dikatakan dijamin tidak lagi akan meletup. Ternyata, masalah yang sama berulang dan sedikit sebanyak telah mengundang trauma buat bakal pembeli serta pengguna Galaxy Note 7 sedia ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

note-7-screenshot

Untuk pengetahuan anda jumlah Galaxy Note 7 yang terlibat dalam kes letupan adalah kurang daripada 0.01%. Walaubagaimanpun, itu tidak menghalang Samsung untuk mengaku kesalahannya seterusnya memberhentikan penjualan untuk menjamin keselamatan orang ramai. Good job Samsung.

Kejatuhan nilai saham Samsung yang mendadak berikutan masalah pada Note 7 turut menjadi punca telefon tersebut diberhentikan penjualan. Berikut merupakan chart saham Samsung buat 5 hari terakhir ini:

screen-shot-2016-10-11-at-7-38-24-pm

Berikutan masalah yang berlaku kepada Samsung Note 7 ini, mungkin selepas ini Samsung perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk mendapatkan kembali kepercayaan orang ramai untuk menggunakan telefon jenama mereka. Kemungkinan kita semua dapat melihat marketing yang lebih besar daripada Samsung selepas ini.

Dari segi spesfikasi tidak dinafikan, Samsung berjaya menawarkan spesifikasi yang terhebat setidaknya di Android. Walaubagaimanapun, jika Samsung sekali lagi berjaya menawarkan telefon yang lebih baik berbanding Samsung Galaxy S7 Edge serta ditawarkan dengan harga yang sedikit rendah adakah anda salah seorang pembelinya?

Sumber