Setelah hampir setahun berteka-teki mengenai inovasi yang dibawakan Samsung, syarikat ini pada hari ini secara rasminya telah memperkenalkan siri Galaxy terbaru iaitu Galaxy S10 pada acara Unpacked. Berdasarkan siri ini, terdapat tiga model yang dilancarkan iaitu Samsung Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10E.

Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan atau ura-ura mengenai model ini, cukup untuk anda tahu segala spesifikasi yang disebutkan sebelum ini benar-benar belaka begitu juga dengan rekaannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Skrin Infinity-O. Sumber: CNET

Dari segi rekaan, Samsung memilih rekaan skrin rata untuk Galaxy S10E manakala S10 dan S10+ dilengkapi dengan skrin melengkung AMOLED. Samsung turut meminimalkan penggunaan takuk dengan penyertaan paparan infinity-O.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S10E dilengkapi dengan skrin 5.8-inci AMOLED, processor Exynox 9820, RAM 6/8GB beserta ruang storan 128/256GB. Model ini disertakan dengan dua kamera 12-megapixel dan 16-megapixel pada bahagian belakang serta kamera 10-megapixel pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy S10. Sumber: CNET

Model Samsung Galaxy S10 turut berkongsi spesifikasi yang sama dengan penawaran skrin 6.1-inci AMOLED. Menariknya, model Galaxy S10 dan S10+ hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang. Samsung Galaxy S10 hadir bersama bateri 3400 mAh.

Model premium pada siri Galaxy S10 adalah Galaxy S10+ yang hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED. S10+ hadir dengan processor Exynos 9820, RAM 8/12GB, ruang storan sehingga 1TB serta kapasiti bateri 4100mAh. Dari segi kamera, model ini berkongsi spesifikasi yang sama seperti Galaxy S10. Menariknya, ketiga-tiga model ini turut disokong dengan teknologi pengecasan pantas.

$ (3)
Kesemua model siri Galaxy S10 dikuasakan dengan Samsung One UI. Sumber: CNET
$ (2)
Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapkan dengan pengimbas cap jari diatas skrin. Sumber: CNET

Samsung Malaysia pantas mengeluarkan harga rasmi bagi ketiga-tiga model ini dimana Samsung Galaxy S10E ditawarkan pada harga RM2,699, S10 dengan harga RM3,299 dan S10+ ditawarkan dengan harga RM3,699. Harga yang ditawarkan pada pendapat kami tidak terlalu tinggi berbanding teknologi yang ditawarkan serta penawaran model flagship jenama lain.

https://www.youtube.com/watch?v=ZCfgkIyD9g0

Sumber