Berjaya mendominasi skrin telefon pintar melalui paparan OLED, Samsung nampaknya sudah mula mengusahakan sesuatu yang lebih futuristik.

Berdasarkan laporan terbaru, syarikat yang berasal dari Korea ini baru sahaja mengesahkan paten yang membolehkan Samsung menghasilkan skrin dengan paparan hologram daripada pelbagai sudut tanpa menggunakan cermin mata 3D.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Rekaan konsep teknologi paparan terbaru Samsung. Sumber: Shutterstock

Samsung mengesahkan teknologi yang dibangunkan ini sangat mirip seperti hologram seperti yang dipaparkan dalam filem Star Wars. Walaubagaimanapun, teknologi ini masih lagi diperingkat awal dan pihak Samsung masih lagi mengusahakannya.

Melihat kepada perkembangan syarikat ini, jelas sekali ini merupakan projek terbaru Samsung selepas berjaya menghasilkan telefon pintar dengan teknolog skrin boleh lipat yang dinamakan sebagai ‘Infinity Flex Display’. Pengeluaran telefon pintar dengan skrin teknologi baru ini dijangka seawal 2019 ini manakala teknologi skrin hologram masih lagi dalam pembangunan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.