Umum tahu Samsung pada tahun ini secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy Fold. Penawaran telefon pintar premium yang hadir dengan harga mencecah RM8,388 ini berjaya mendapat pujian ramai walau bagaimanapun harganya yang tinggi tidak mampu menarik jumlah pembeli yang ramai.

Pada kali ini, Samsung sekali lagi bereksperimen dengan menawarkan telefon pintar boleh lipat yang mengingatkan orang ramai terhadap zaman Samsung sebelum menggunakan sistem operasi Samsung.

HUAWEI-p40-COVER
HYPE
Pra-Tempah HUAWEI Siri P40 Segera Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih Daripada RM1,300
Baca lagi →

img-1ed089334d268a648941335887576083

img-c066ed116381a536a41bb2c70c24428a-1

img-6486a0d1d8365b60dab820f25f5864c4

Berdasarkan gambar yang tersebar, dapat dilihat model terbaharu Samsung ini bakal menjadi pencabar terdekat kepada Motorola Razr. Dapat dilihat juga Samsung sebaliknya tidak menyertakan skrin pada bahagian hadapan model ini seperti Motorola Razr.

Setakat ini masih belum diketahui spesifikasi yang bakal disertakan Samsung pada model ini. Difahamkan model ini bakal hadir dengan harga yang lebih mampu milik berbanding Samsung Galaxy Fold dalam usaha untuk menarik minat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar boleh lipat dengan spesifikasi terkini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Samsung mengenai model terbaharu ini yang dijangka bakal diperkenalkan pada Februari 2020 ini bersama series Galaxy S11.

Samsung Galaxy S11 dijangka bakal dilengkapi dengan lima kamera beserta sensor 108-megapixel. Turut dikongsikan, ura-ura Huawei P40 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Samsung Galaxy S11 Bakal Dilengkapi Dengan Kamera 108-Megapixel

Huawei P40 Dijangka Bakal Diperkenalkan Mac Ini Tanpa Sokongan Google

Anda Mungkin Suka