Meskipun Samsung Galaxy S10 masih lambat untuk dilancarkan, Samsung nampaknya sudah mempunyai pelan terbaik buat para peminat jenama mereka.

Terbaru, Samsung telah melancarkan program yearly upgrade dimana para pengguna Samsung siri S berpeluang mendapatkan penjimatan menerusi pembelian smartphone terbaru Samsung.

Samsung Galaxy S9

Menerusi program yang dibuat, para pengguna hanya perlu menambah RM100 dengan setiap pembelian Galaxy S9 atau Galaxy S9+ secara ansuran  dan berpeluang mendapatkan diskaun 10% bagi pembelian Samsung Galaxy S10.

Bukan itu sahaja, para pengguna turut menerima ansuran percuma bagi bulan pertama serta screen protector percuma bernilai RM140.

galaxy-s10-concept
Sumber: BGR

Samsung Galaxy S10 dijangka bakal dilancarkan pada Mac tahun hadapan. Dikhabarkan model yang bakal dilancarkan ini bakal hadir dengan teknologi imbasan muka serta tiga kamera pada bahagian belakang. Buat para peminat Samsung, mungkin ini promosi yang anda nanti-nantikan.