Baju, kuih dan duit raya antara keperluan rakyat Malaysia setiap kali menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya, semua itu sudah disiapkan sebelum atau di awal bulan Ramadan bagi mengelakkan kesibukan menjelang Aidilfitri ditambah perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Baca Juga:

Namun, raya tidak akan lengkap tanpa peranti pintar baharu sempena raya yang bukan sahaja menambah gaya, malah meningkatkan keseronokan perayaan.

Lengkapkan raya anda dengan peranti jenama peranti mudah alih, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung) yang menawarkan promosi hebat sempena Aidilfitri.

Memperkenalkan promosi Impian Raya Bersama sempena raya, Samsung menawarkan beberapa peranti seperti siri Galaxy S23, Galaxy A14, siri Galaxy Tab S dan Galaxy Watch5 Pro yang diberikan tawaran istimewa.

Pelanggan yang mendapatkan siri Galaxy S23 dapat menikmati dua peratus mata ganjaran Samsung, diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian dengan pembelian dan menerima Galaxy Buds Live secara percuma.

Pelanggan yang mendapatkan Galaxy A14 pula dapat menikmati waranti tambahan satu tahun secara percuma bernilai RM49.

Pelanggan yang mendapatkan siri Galaxy Tab S pula dapat menikmati langganan VIU selama satu tahun secara percuma bernilai RM99.90, namun ia sah untuk pelanggan pertama kali sahaja.

Bagi pelanggan yang mendapatkan Galaxy Watch5 Pro pula akan dapat menikmati pelan perlindungan Samsung Care+ secara percuma selama satu tahun yang bernilai RM149.

Sementara itu, Samsung turut melancarkan video muzik sempena Raya bertajuk Raya Raya Raya bersama kumpulan penyanyi, Dolla.

Samsung turut menganjurkan peraduan TikTok #MisiRayaDOLLA sempena Raya.

Hanya sertai cabaran #MisiRayaDOLLA dengan berkongsi video Raya Epik di TikTok berserta hashtag #Send2MeLah dan tag @samsungmalaysia di ruangan kapsyen sebelum 7 Mei 2023, anda berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Samsung.

Dapatkan peranti baharu sempena raya daripada Samsung bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anda tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Impian Raya Bersama Samsung, layari laman web Samsung.