Nampaknya peperangan teknologi skrin dan paparan diantara Samsung dan LG semakin hangat. Jika pada minggu lalu, LG mengumumkan TV beresolusi 8K dengan saiz 88-inci, Samsung pada hari ini melalui acara CES 2018 telah mengumumkan TV yang digelar sebagai ‘The Wall’.

Sebuah TV gergasi bersaiz 146-inci dengan menggunakan teknologi MikroLED. Untuk membuatkan TV ini tampil lebih moden, Samsung telah memperkenalkannya dengan rekaan bezelless.

The-Wall-Modular-MicroLED-146-inch-TV-2

The-Wall-Modular-MicroLED-146-inch-TV-3

Menariknya mengenai ‘The Wall’ disebalik saiznya yang besar adalah para pengguna berpeluang mengubah saiz video atau paparan yang ingin dikeluarkan mengikut saiz yang diinginkan.

Setakat ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan tarikh pengeluaran dan harga bagi TV gergasi terbaru mereka. Berdasarkan harga semasa TV tercanggih ketika ini, kemungkinan ‘The Wall’ bakal mula dijual dengan harga mencecah 6 angka.

Sumber