Samsung hari ini memperkenalkan dua barisan barangan elektronik yang serba canggih dan premium buat pasaran tempatan.

Pengenalan pada hari ini memperlihatkan barisan siri TV Neo QLED bersama peti ais berteknologi tinggi yang boleh diubah suai. Ketahui lebih lanjut berkenaan penawaran terbaharu ini.

Baca Juga:

Neo QLED 8K QN800C

Sumber Gambar: The Vocket

Model QN800C merupakan model paling berkuasa yang hadir dengan tiga ukuran iaitu 65-inci, 75-inci dan 85-inci.

Model ini dilengkapi ciri pintar seperti Quantum Matrix Technology Pro, Neural Quantum Processor 8K, Infinity One Design dan Dolby Atmos.

Neo QLED 4K QN85C

Sumber Gambar: The Vocket

Untuk model QN85C pula, siri ini menawarkan tiga saiz model TV iaitu 65-inci, 75-inci dan 85-inci. Model ini dilengkapi sokongan resolusi dengan teknologi 4K dan ciri refresh rate sehingga 120Hz.

Berbanding model paling tertinggi, model ini mempunyai ciri utama seperti Quantum Matrix Technology,  Neural Quantum Processor 4K, Dolby Atmos dan Smart Hub.

QLED 4K Q80C

Sumber Gambar: Samsung

Untuk Q80C, siri ini memberikan empat pilihan saiz untuk dipilih 55-inci, 65-inci, 75-inci dan 85-inci. Berbanding model Neo QLED yang paling berpatutan dari segi harganya.

Model ini bagaimanapun masih mempunyai teknologi canggih seperti Neural Quantum Processor 4K, Google Assistant, Quantum HDR dan Smart Hub.

BESPOKE Top Mount Freezer

Sumber Gambar: The Vocket

Bespoke Top Mount Freezer ini merupakan sebuah peti ais dengan rekaan yang boleh dikustomasi menerusi Samsung Bespoke. Di Malaysia, anda berpeluang memilih tujuh pilihan kombinasi warna untuk menyerlahkan keunikan peti ais yang dibeli.

Setiap peti sejuk BESPOKE Top Mount Freezer dilengkapi teknologi Optimal Fresh+ dan AI Energy Mode bagi memastikan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.

Sumber Gambar: The Vocket

Bahkan, kesemua peti sejuk BESPOKE ini hadir dengan ciri pintar yang disokong ekosistem Samsung SmartThings dengan kesejukan, dan penggunaan elektrik boleh dikawal terus menerusi aplikasi.

Harga

Buat mereka yang berminat untuk mendapatkan siri TV QLED terbaharu ini, kini model QN800C sedia ditawarkan bermula harga RM17,999 bergantung pada saiz lalu diikuti model QN85C bermula harga RM7,299 dan akhir sekali model QN80C berharga RM5,999.

Menariknya, anda bakal menerima hadiah eksklusif Q-series Soundbar bernilai hingga RM6,499 secara percuma bersempena pelancaran barisan TV ini bermula hari ini sehingga 11 Jun.

Untuk peti sejuk BESPOKE ini bakal dijual bermula harga RM3,199 dan meningkat ke RM3,999 bergantung kepada kapisiti peti sejuk iaitu 404L, 427L dan 476L. Bahagian kompresor peti sejuk juga diberikan jaminan sehingga 20 tahun oleh Samsung.

Sumber