Samsung Wallet telah dilancarkan pada tahun lalu bagi membenarkan pengguna peranti Samsung untuk menyimpan pelbagai kad fizikal secara digital. Kini menjejak tahun 2023, Samsung dilihat berminat untuk menawarkan ciri ini menerusi beberapa pasaran baharu.

Menerusi laporan terkini, Samsung mengumumkan ketersediaan penawaran perkhidmatan ini untuk lapan pasaran baharu termasuklah Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura, Taiwan dan Malaysia. Perkhidmatan ini akan ditawarkan bermula penghujung Januari ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Digital Trends

Selain boleh menyimpan kad penting secara digital, ia juga boleh digunakan untuk simpanan aset digital seperti kriptowang atau NFT dan integrasi SmartThings pula membenarkan kunci pintar untuk rumah dan kereta turut disimpan menerusinya.

Dalam menjamin keselamatan data yang disimpan, ia telah dilindungi oleh Samsung Knox sebagai lapisan keselamatan setaraf gred ketenteraan. Menurut Samsung, perkembangan baharu mengenainya bakal dikongsikan dari semasa ke semasa.